Search This Blog

Saturday 3 November 2012

Lab Perjawatan anjuran KPSM

KPSM telah mengadakan Lab Perjawatan pada 31 Oktober hingga 2 November 2012 bertempat di Pejabat Kastam, Pulau Pinang. Persatuan Pegawai Kanan telah di beri ruang untuk menyertai lab ini bagi menyediakan kertas kerja berkaitan dengan kenaikan pangkat secara time-based. Alhamdullilah kertas kerja tersebut berjaya disiapkan dan diserahkan kepada wakil KPSM diakhir sesi lab tersebut. Semoga hasil usaha ini akan mendapat perhatian dari pihak jabatan. Insyaallah
Setiausaha Agung.


Saturday 6 October 2012

Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Pusat Bil. 1/2012

Salam semua Ahli,

Pagi tadi telah diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Pusat Bil.1/2012 bertempat di Pejabat Perkasa Pusat, Shah Alam. Mesyarat ini merupakan yang pertama diadakan selepas Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perkasa yang diadakan pada 22 September yang lalu. Mesyuarat turut dihadiri Presiden dan Setiausaha dari setiap cawangan kecuali Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mesyuarat telah membincang beberapa perkara termasuk usul yang akan dibawa keperingkat atasan, perlantikan 5 orang Ahli Majlis Kerja Pusat, aktiviti untuk menjana pendapatan persatuan, bengkel untuk membuat cadangan kenaikan pangkat mengikut time-based serta laporan dari setiap cawangan.

Presiden meminta agar semua Presiden serta ahli disetiap cawangan membantu dalam meningkatkan tahap profesionalisme pegawai kanan.

Sekian.

Setiausaha Agung Pusat.


Monday 24 September 2012

RESOLUSI KONVENSYEN KELANA JAYA


Konvensyen Peranan Warga Kastam Dalam Mencapai JKDM Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015 telah diadakan pada 20 hingga 21 September 2012 bertempat di Auditorium JKDM Kelana Jaya. Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Khazali bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. 

Konvensyen ini dihadiri oleh wakil dari Perkasa Cawangan seluruh negara, wakil dari Marin dan wakil dari kumpulan sokongan. Kesatuan Pegawai Kastam Malaysia tidak menghantar wakil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Peserta konvensyen diberi peluang untuk membahaskan ucaptama Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah Kastam Malaysia dengan memberi penekanan kepada 3 aspek iaitu imej jabatan, profesionalisme dan integriti.

Pada akhir konvensyen, satu resolusi telah dihasilkan dan ianya dinamakan Resolusi Konvensyen Kelana Jaya 2012. Berikut adalah 13 perkara yang terkandung dalam resolusi tersebut:

Konvensyen Peranan Warga Kastam Dalam Mencapai JKDM Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015 telah diadakan pada 20 dan 21 September 2012, bertempat di Auditorium Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan tigabelas (13) resolusi berikut :-

1.     Menggesa jabatan memberikan perlindungan keselamatan kepada warga kastam bagi mengelakkan risiko, ugutan dan ancaman kepada pegawai.

2.        Menggesa jabatan memberi keutamaan kepada kebajikan warga.

3.      Mempromosikan peranan dan tanggungjawab jabatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

4.   PERKASA bersedia bertindak sebagai agen perubahan kearah peningkatan tahap profesionalisme warga kerja jabatan.

5.   PERKASA tidak akan berkompromi dengan ahli-ahli yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan serta amalan rasuah. PERKASA juga menggesa kepada jabatan supaya mengambil tindakan tegas keatas agen atau pengimport dengan menggantung Lesen Agen Kastam atau tindakan mahkamah.

6.      PERKASA bersedia melaksanakan dan menyokong dasar percukaian baru GST pada bila-bila masa dan akan melaksanakan program-program untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pegawai.

7.      Menggesa Unit Tugas Khas GST diserahkan kepada Pengarah GST serta menubuhkan struktur organisasi unit GST di setiap negeri.

8.   Peralatan ICT yang sesuai dan terkini hendaklah dibekalkan dengan segera dan mencukupi.

9.         Menjadikan AKMAL pusat latihan terunggul dan bertaraf universiti.

10.       Menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kastam Diraja Malaysia.

11.    Menggesa jabatan mewujudkan satu jawatankuasa kenaikan pangkat yang dianggotai oleh Ketua Pengarah Kastam, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah KPSM dan hendaklah bersidang setiap 3 bulan sekali serta memastikan setiap kekosongan diisi dalam tempoh 14 hari setelah kekosongan berlaku dengan adil, seragam dan telus.

12.  Menggesa Inisiatif T-15 dibawah tajuk “KENAIKAN PANGKAT SECARA TELUS” dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan rintihan dan keluhan 300 orang pegawai kanan yang tercicir.

13.   Menggesa jabatan mengambil tindakan merealisasikan keputusan kabinet pembukaan attaché kastam di 6 negara.

Sekian.

Saturday 22 September 2012

PERSIDANGAN PERWAKILAN PERKASA DWI TAHUNAN KALI KE 25

PERKASA telah mengadakan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-25 pada 22 September 2012 bertempat di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam.Pada sesi pemilihan Ahli Majlis Kerja 2012/2014, Sdr. Mohd Noor Yusoff telah berjaya mengekalkan kerusi Presiden menewaskan pencabarnya Sdr. Hj. Aziz bin Abdul. Berikut adalah senarai Ahli Majlis Kerja yang dipilih oleh perwakilan:

Presiden : Mohd Noor bin Yusoff
Naib Presiden I : Mohd Asri bin Seman
Naib Presiden II : Aspawi bin Ismail
Setiausaha Agong : Mohd Hisham bin Mohd Nor
Pen. Setiausaha : Rosmina binti Omar
Bendahari : Wan Marini bt. Wan Hamzah
Pen. Bendahari : Suraya bt. Samsudin
Pegawai Kebajikan : Mohd Sukri bin Jusoh
Pegawai Publisiti : Ishak bin Ismail

Sekian.

Setiausaha Agong.