Konvensyen Peranan Warga Kastam Dalam Mencapai JKDM Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015 telah diadakan pada 20 hingga 21 September 2012 bertempat di Auditorium JKDM Kelana Jaya. Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Khazali bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.
Konvensyen ini dihadiri oleh wakil dari Perkasa Cawangan seluruh negara, wakil dari Marin dan wakil dari kumpulan sokongan. Kesatuan Pegawai Kastam Malaysia tidak menghantar wakil atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Peserta konvensyen diberi peluang untuk membahaskan ucaptama Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah Kastam Malaysia dengan memberi penekanan kepada 3 aspek iaitu imej jabatan, profesionalisme dan integriti.
Pada akhir konvensyen, satu resolusi telah dihasilkan dan ianya dinamakan Resolusi Konvensyen Kelana Jaya 2012. Berikut adalah 13 perkara yang terkandung dalam resolusi tersebut:
Konvensyen Peranan Warga Kastam Dalam Mencapai
JKDM Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015 telah diadakan pada 20 dan 21 September
2012, bertempat di Auditorium Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah
meluluskan tigabelas (13) resolusi
berikut :-
1. Menggesa jabatan
memberikan perlindungan keselamatan kepada warga kastam bagi mengelakkan risiko,
ugutan dan ancaman kepada pegawai.
2.
Menggesa jabatan memberi
keutamaan kepada kebajikan warga.
3. Mempromosikan
peranan dan tanggungjawab jabatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan dan
menyeluruh.
4. PERKASA
bersedia bertindak sebagai agen perubahan kearah peningkatan tahap
profesionalisme warga kerja jabatan.
5. PERKASA tidak akan berkompromi dengan
ahli-ahli yang terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan serta
amalan rasuah. PERKASA juga menggesa kepada jabatan supaya mengambil tindakan tegas
keatas agen atau pengimport dengan menggantung Lesen Agen Kastam atau tindakan
mahkamah.
6. PERKASA
bersedia melaksanakan dan menyokong dasar percukaian baru GST pada bila-bila
masa dan akan melaksanakan program-program untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran
pegawai.
7.
Menggesa Unit Tugas
Khas GST diserahkan kepada Pengarah GST serta menubuhkan struktur organisasi
unit GST di setiap negeri.
8. Peralatan ICT yang sesuai
dan terkini hendaklah dibekalkan dengan segera dan mencukupi.
9.
Menjadikan AKMAL
pusat latihan terunggul dan bertaraf universiti.
10.
Menubuhkan
Suruhanjaya Perkhidmatan Kastam Diraja Malaysia.
11. Menggesa jabatan
mewujudkan satu jawatankuasa kenaikan pangkat yang dianggotai oleh Ketua
Pengarah Kastam, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah KPSM dan hendaklah
bersidang setiap 3 bulan sekali serta memastikan setiap kekosongan diisi dalam
tempoh 14 hari setelah kekosongan berlaku dengan adil, seragam dan telus.
12. Menggesa Inisiatif
T-15 dibawah tajuk “KENAIKAN PANGKAT
SECARA TELUS” dilaksanakan dengan segera bagi menyelesaikan rintihan dan
keluhan 300 orang pegawai kanan yang tercicir.
13. Menggesa jabatan
mengambil tindakan merealisasikan keputusan kabinet pembukaan attaché kastam di
6 negara.
Sekian.
No comments:
Post a Comment